Welcome!

Jiran saya Mak Cik Julie, by Dorina
Contoh Karangan UPSR
Name:Dorina
Title:Jiran saya Mak Cik Julie
2009-02-24 21:59
        "Dorina, awak lupa bawa minuman lagi!" Itulah suara Mak Cik Julie yang sering didengari setiap pagi apabila saya berjalan keluar dari rumah menuju ke sekolah.

        Jiran saya Mak Cik Julie merupakan seorang yang baik hati, dan bergual mesra dengan keluarga saya. Beliau pandai membuat kek dan sering menjamu kami dengan kek oren coklat 8 lapis yang dibuatnya.

        Selain itu, dia juga berani dan pandai berkungfu. Semua jiran yang lain juga menyukai yang kerana tiada samseng yang berani membuat kacau di kawasan sekitar. Mak Cik Julie akan membelasah semua orang jahat yang membuat kacau, mencuri dan sebagainya.

        Mak Cik Julie memiliki seorang suami yang kacak dan dua orang anak lelaki yang nakal. Suaminya bekerja di Australia dan balik setiap bulan, kerana dia kaya. Manakala anak-anaknya Tom dan Jerry, masing-masing belajar di Tahun 1 dan Tahun 2. Tom dan Jerry sering bergaduh untuk berebut mendapatkan basikal BMX di rumahnya.

        Mak Cik Julie memiliki televisyen LCD 70 inci dan selalu menjemput saya ke rumahnya untuk melihat kartun "Tom & Jerry" bersama-sama. Anak-anaknya juga suka melihat kartun itu, kerana nama mereka sama dengan watak dalam kartun itu.

        Sungguh gembira saya, kerana memiliki jiran yang begitu hebat. Saya harap mereka sekeluarga akan hidup bahagia selalu.
 

Submit a comment:

Name