Welcome!

*|*1*|*Menyambut Tahun Baru Cina 2009, by Zhao Ying
Contoh Karangan UPSR
Name:Zhao Ying
Title:Menyambut Tahun Baru Cina 2009
2009-02-19 19:05
        Tahun 2009 merupakan tahun yang begitu istimewa bagi saya. Pada tahun ini saya memasuki Tahun 6 dan akan menduduki peperiksaan UPSR pada hujung tahun.

        Tahun Baru Cina jatuh pada bulan Januari dalam Tahun 2009. Tiga hari sebelum perayaan ini, saya masih di sekolah. Guru Besar Mr. Ling menghadiahkan setiap murid di kelas kupon untuk membeli buku sebanyak RM 20 setiap orang. Saya dan rakan amat terharu dengan pihak sekolah.

        Selepas bersekolah pada hari itu, saya amat letih dan menjerit, "Bagus! Hari cuti sudah tiba dan saya boleh berehat akhirnya."

        Saya tidur 12 jam setiap hari dari pukul 9 malam hingga 9 pagi pada hari berikutnya. Waktu siang dan petang dihabiskan oleh saya dengan membantu emak menghiasi rumah, dan membeli-belah di pelbagai kompleks. Kupon yang dihadiahkan oleh Mr. Ling juga dihabiskan saya di Kedai Buku ABC dengan membeli "Contoh Karangan UPSR 2009" yang bernilai RM 19. Baku satu ringgit dihabiskan dengan membeli pen biru Stabio.

        Pada malam sebelum Tahun Baru, semua ahli keluarga berkumpul bersama dan makan malam bersama. Kami memesan 21 keping ayam goreng KFC, dengan salad dan minuman Cola. Adik saya, Joyce sangat tamak dan makan 6 keping ayam goreng sekelip mata. Selepas itu saya amat letih dan tertidur pula sehingga Jam 9 juga pada hari keesokkan.

        Apabila saya bangun, saya terus lari kepada bapa dan emak dan menjerit "GONG XI FA CAI!". Mereka memberi saya angpau sebanyak RM 300. Selepas itu kami pergi ke rumah saudara-mara pada petang, seperti biasa. Saya juga menerima banyak angpau, dengan jumlah RM 2888 keseluruhannya.

        Saya bersyukur kerana memiliki bapa yang kacak dan emak yang kacak, serta guru besar yang murah hati. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berguna.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Xantara, (2016-03-19 05:02)
Boom shaaalkka boom boom, problem solved.
 
Submit a comment:

Name