Welcome!

AKU SEBUAH KOMPUTER RIBA, by Amir Hamzah Mohd Zam
Contoh Karangan UPSR
Name:Amir Hamzah Mohd Zam
Title:AKU SEBUAH KOMPUTER RIBA
2009-01-18 15:12
    Namaku COMPAQ.Aku dilahirkan di sebuah kilang di Shah Alam.Badanku di perbuat dari plastik dan getah.Di dalam badanku terdapat banyak cip dan wayar.

    Setelah siap,aku dan kawan-kawanku di muatkan di dalam kotak.Kemudian,aku dan kawan-kawanku dibawa ke Segamat.Setelah sampai,aku dan kawan-kawanku diletakkan di sebuah cermin yang besar untuk dipamerkan.    

    Pada keesokanya,datang seorang wanita yang cantik.Dia melihat aku dengan gembira sekali.Kemudian dia bertanya kepada jurujual berapa hargaku kemudian,dia membeliku dengan harga RM1,234.

    Tuanku menjaga aku dengan baik.Dia menggunakan aku dengan cermat.Dia sering menggunakan aku pada waktu malam.Dia juga sering membawa aku ke tempat kerjanya.

    Pada suatu hari,tuanku telah lupa membawa aku ke dalam pejabatnya kerana dia sudah lewat ke tempat kerjanya.Tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu kereta dibuka.Seorang lelaki yang tidak dikenali datang mengambil aku.Aku meronta-ronta supaya lelaki itu melepaskan aku.Tiba-tiba lelaki itu menghempaskan aku ke tanah.

    Badnku hancur betaburan di tanah.Tuanku memegang badanku denga perasaan sedih.Tamatlah riwayatku.
 

Submit a comment:

Name