Welcome!

Pameran Buku Di Kuala Lumpur, by rabiatul adwiyah
Contoh Karangan UPSR
Name:rabiatul adwiyah
Title:Pameran Buku Di Kuala Lumpur
2009-02-27 15:15
    Pada musim cuti sekolah,kami sekeluarga pergi ke pameran buku di Kuala Lumpur.Kami kesana untuk membeli buku yang dipamerkan.

    Kami tiba di tempat pameran pada pukul 12.00 tengah hari.Apabila kami masuk sahaja ke pameran itu keadaan di situ sungguh meriah.Saya melihat sungguh banyak jenis buku yang dipamerkan.Saya telah menemui sebuah buku tentang hidupan    liar dan saya memilih buku itu untuk membacanya.Selepas saya membaca buku itu,lalu saya membeli buku tersebut.

    Saya melihat ada pelbagai pertandingan disitu.Dan saya telahmenyertai satu pertandingan mengarang.Dan saya telah memenangi pertandingan itu.

    Ada banyak perkara yang menarik kerana banyak buku-buku yang berimanijasi dan berwarna-warni.Dan pameran buku yang ini lebih meriah daripada pameran yang terdahulu.Pada pendapat keluarga saya ialah pameran buku tahun ini sungguh bagus daripada tahun lalu.

    Selepas kami membeli buku,kami pun pulang.Kami pulang pada pukul 4.00 petang.Pada perasaan kami sungguh gembira dan seronok.Harapan kami ialah,pada tahun akan datang ada lagi pameran buku yang lebih menarik daripada tahun ini.

    Walaupun kami berasa penat dan letih tetapi kami berasa sungguh gembira kerana banyak buku yang boleh dibaca dan tidak membosankan kami.

                        
 

Submit a comment:

Name